Soalan Stpm 2015

1 ( a) Apakah yang dimaksudkan dengan siklon tropika? (3)
 Siklon tropika ialah tiupan angin disertai hujan yang bergerak laju mengelilingi lekungan kawasan kejadiannya yang berlaku di kawasan tropika disebabkan oleh tekanan udara rendah dan suhu panas secara mendadak di kawasan persekitaranya. 



  1. (b) Huraikan dua ciri angin siklon tropika. (4)
(i)  Tiupan angin laju dan kelajuannya boleh mencapai ke tahap melebihi 180 km per jam, mampu memusnahkan apa sahaja yang ada di sekitar seperti bangunan, kenderaan dan pokok.

(ii)  Mempunyai arah putaran yang berbeza di kawasan yang berbeza, iaitu antara hemisfera utara dengan hemisfera selatan. Di hemisfera utara, putarannya adalah mengikut arah lawan jam manakala di hemisfera selatan putarannya mengikut putaran jam.



  1.  (c) Mengapakah siklon tropika berlaku di lautan tropika? (4)
(i)  Kawasan tropika merupakan kawasan yang panas dan suhu tinggi, oleh itu haba tersimpan banyak di lautan, dan suhu permukaan laut tinggi mampu membentuk tekanan udara yang rendah bagi membantu pembentukannya.

(ii)  Kawasan tropika yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa merupakan kawasan tumpuan angin dunia. Ditambah lagi dengan kewujudan daya koriolis bagi memperhebatkan lagi berlakunya siklon tropika.




  1.  (a) Nyatakan tiga kandungan atmosfera. (3)
(i)  Gas kekal (nitrogen, oksigen, argon).
(ii) Gas berubah (wap air, karbon dioksida, gas ozon dan juzuk).
(iii) Bukan gas iaitu partikel terampai (debu, habuk, asap, dan lain - lain).






Comments

Popular posts from this blog

Kata - kata kehidupan